Doktor Slovenia mogok kenaikan gaji

Doktor Slovenia mogok kenaikan gaji

LJUBLJANA, 28 Mei (AFP) – Para doktor di Slovenia memulakan mogok 24 jam hari ini bagi menuntut kenaikan gaji sebanyak 40 peratus.

Kesatuan perubatan FIDES telah menyeru bagi kenaikan beransur-ansur dalam gaji para doktor kepada satu peringkat yang boleh menjadi tiga kali ganda gaji bersih purata negara eurozone itu – pada masa ini sekitar 1,000 euro (AS$1,090).

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Milojka Kolar Celarc menolak bantahan itu sebagai ‘peras ugut’, menggesa rancangan bagi rundingan sudah dijalankan.

Slovenia, sebuah negara dengan penduduk dua juta, telah bergelut untuk berpulih daripada krisis kewangan, semasa ia mengelak jaminan keluar pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA