Dolar AS merosot

Dolar AS merosot

NEW YORK, 23 Sept – Dolar AS merosot berbanding kebanyakan mata wang semalam selepas Rizab Persekutuan memutuskan untuk mengekal kadar faedah.

“Jawatankuasa memutuskan bahawa kes untuk pertambahan dalam kadar dana persekutuan telah menjadi kukuh namun memutuskan, buat sementara waktu ini, untuk menunggu bukti perkembangan lanjut ke arah pencapaian matlamatnya,” kata Persekutuan dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Rabu selepas mesyuarat dasar dua hari.

Bank pusat AS berkata ia mengambil keputusan itu disebabkan data ekonomi yang lemah dan inflasi sederhana.

Ia juga berkata risiko jangka pendek terhadap prospek ekonomi AS “nampaknya seimbang,” satu petanda yang menunjukkan bank pusat mungkin menambah kadar faedah pada akhir tahun ini.

Mengenai ekonomi, pada minggu berakhir pada 17 September, angka untuk tuntutan awal adalah 252,000, satu kemerosotan sebanyak 8,000 daripada jumah 260,000 pada minggu sebelumnya, lapor Jabatan Pekerja AS semalam.

Indeks dolar, yang mengukur dolar berbanding enam mata wang utama, merosot 0.25 peratus pada 95.420 dalam perniagaan akhir.

Dalam perniagaan New York, euro naik kepada 1.1206 dolar daripada 1.1173 dolar dalam sesi sebelumnya, dan pound Britain meningkat kepada 1.3072 dolar daripada 1.2998 dolar.

Dolar Australia meningkat kepada 0.7629 dolar daripada 0.7600 dolar.

Dolar membeli 100.90 yen Jepun, lebih tinggi daripada 100.59 yen dalam sesi sebelumnya. Dolar merosot kepada 0.9692 francs Swiss daripada 0.9759 francs Swiss, dan ia merosot kepada 1.3067 dolar Kanada daripada 1.3159 dolar Kanada. – Xinhua