Dolar AS susut ke tahap paling rendah

Dolar AS susut ke tahap paling rendah

TOKYO/SYDNEY, 9 Feb – Dolar hari ini susut ke tahap paling rendah berbanding yen sejak November 2014, ekoran jualan besar-besaran di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Keadaan itu memberi kesan pada sesi dagangan saham Asia, sambil melonjakkan permintaan terhadap mata wang Jepun yang disifatkan selamat.

Dolar kali terakhir didagangkan pada ¥114.85, turun 0.9 peratus, selepas jatuh serendah ¥114.205. Pengarah di syarikat penyelidikan pertukaran asing, Global-info Co di Tokyo, Kaneo Ogino berkata, dana Eropah telah menjual dolar-yen sejak semalam dan ia melepasi paras pilihan halangan sekitar 115.

Pergerakan ke arah keselamatan itu membantu melonjakkan hasil ke atas penanda aras bon kerajaan Jepun 10 tahun, yang bertukar kepada negatif buat kali pertama, menolaknya serendah negatif 0.035 peratus.

JGB berada di pasaran cergas sejak Bank of Japan (BoJ) mengguna pakai kadar faedah negatif pada 29 Januari, yang mana bank perlu membayar faedah ke atas deposit tertentu yang dipegang di BoJ.

Pengumuman bank pusat itu pada mulanya melonjakkan dolar setinggi ¥121.70, sebelum keuntungan itu susut kembali. “Dari segi keselamatan, yen sebenarnya boleh menjadi mata wang yang paling menarik sekarang,” kata Bart Wakabayashi, Ketua Pertukaran Asing bagi State Street Global Markets di Tokyo. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA