Dolar bergelut di pasaran Asia

Dolar bergelut di pasaran Asia

HONG KONG, 13 Jan – Dolar bergelut untuk berpulih selepas penjualan baru-barunya kerana pelabur bimbang mengenai kekurangan maklumat khusus mengenai dasar ekonomi oleh Donald Trump.

Tidak adanya reaksi terhadap data akhir tahun daripada China yang menunjukkan ekonomi nombor dua dunia masih bergelut dalam perdagangan, dengan ketidakpastian mengenai jawatan presiden Trump.

Selepas pemulihan global yang didorong oleh harapan kemenangan pelantikan beliau akan melihat satu rangsangan dalam ekonomi Amerika Syarikat, lantai perdagangan dewan niaga semakin sunyi dengan desas-desus mengatakan pertambahan mungkin bersifat keterlaluan.

Di antara kerugian utama dalam pemulihan terbaru adalah dolar, yang meningkat berdasarkan jangkaan rancangan jutawan harta tanah untuk perbelanjaan besar dan potongan cukai mungkin mencetuskan inflasi dan memaksa Simpanan Persekutuan menambah kadar faedah.

Dolar pada minggu lalu mencecah kira-kira 118.60 yen tetapi semalam merosot di bawah 114 yen selepas pasaran tidak diberikan butir-butir mengenai rancangan presiden dipilih untuk merangsang pertumbuhan AS.

Dolar telah berpulih sedikit tetapi kelihatan masih menerima tekanan sementara ia juga merosot berbanding euro dan pound.

“Ia merupakan satu penangguhan yang kami cari-carikan untuk mendapatkan pulangan modal sebulan lalu,” beritahu Philip Guarco, ketua strategi pendapatan tetap global di Bank Swasta JPMorgan di New York, kepada TV Bloomberg.

“Kadar telah bergerak terlalu jauh, terlalu cepat supaya kami mengalami pemulihan semula ini. Saya fikir kami bergabung di sini dan hanya menunggu untuk melihat apa akan berlaku dari segi pelaksanaan.” – AFP