Dolar di Asia menurun

Dolar di Asia menurun

TOKYO, 10 Ogos – Nilai Dolar di Asia menurun hari ini berikutan pelabur semakin kurang yakin Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah serta data produktiviti AS juga tidak menggalakkan.

Dolar AS merundum sedikit tatkla para pelabur memberi reaksi kepada berita bahawa produktiviti AS pada suku kedua telah jatuh 0.5 peratus.

Hasilnya menandakan penurunan bagi suku ketiga berturut-turut. Unit AS telah meningkat pada permulaan minggu selepas kadar pada Jumaat menunjukkan ekonomi utama dunia menambah lebih banyak pekerjaan daripada yang dijangkakan pada bulan lepas.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.1 peratus, menghampiri paras tertinggi dalam setahun berbanding hari sebelumnya.

Nikkei Jepun jatuh 0.6 peratus berikutan pengukuhan yen. Wall Street meneruskan peningkatan semalam berikutan sesi kukuh bagi pasaran saham Eropah, dengan Indeks DAX Jerman menokok 2.5 peratus kepada paras tertingginya pada 2016 susulan pendapatan kukuh daripada syarikat insurans semula Munich Re dan kumpulan telekom Altice.

Indeks MSCI semua negara yang meliputi 46 pasaran meningkat 0.5 peratus semalam untuk mencecah paras tertinggi sejak akhir Ogos 2015.

Euro meningkat kepada AS$1.1154 dari AS$1.1115 dalam perdagangan Amerika Syarikat, manakala jatuh ke 112.90 yen dari 113.25 yen.

Pada hari Jumaat, Jabatan Buruh berkata ekonomi AS menambah 255,000 pekerjaan pada bulan Julai, mengatasi unjuran penganalisis untuk peningkatan sebanyak 185,000 senarai gaji, di samping menaik taraf anggaran pekerjaan bagi dua bulan sebelum.

Angka-angka telah meningkatkan dalam jangkaan Rizab Persekutuan dan mengangkat kos pinjaman tahun ini.

Berbanding dolar, won Korea Selatan melonjak 0.7 peratus, Dolar Taiwan dan ringgit Malaysia kedua-dua dalam anggaran 0.5 peratus, manakala baht Thai, dolar Singapura, peso Filipina dan rupiah Indonesia turut menerima keuntungan yang seimbang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA