Dolar hilang pengaruh dalam saham Asia

Dolar hilang pengaruh dalam saham Asia

TOKYO, 1 Sept (AFP) – Dolar kehilangan pengaruh untuk hari kedua hari ini sejajar dengan kemerosotan dalam saham Asia, tatkala kebimbangan mengenai ekonomi global menyurami prospek kenaikan kadar Simpanan Persekutuan AS yang lama dinanti-nantikan.

Dalam perniagaan Tokyo, dolar menjadi lemah kepada 120.62 yen daripada 121.24 yen lewat semalam di New York.

Euro adalah bercampur pada $1.1269 dan 135.93 yen daripada $1.1213 dan 135.95 yen dalam perniagaan AS.

Pelabur sedang mencari petunjuk mengenai bila Simpanan Persekutuan AS akan menambah kadar faedah sifarnya untuk kali pertama dalam satu dekad, selepas pegawai tidak memberikan isyarat jelas pada satu persidangan hujung minggu.

Penurunan nilai mata wang mengejutkan oleh China pada bulan lalu, bergabung dengan tanda-tanda pertumbuhan lembap di ekonomi nombor dua di dunia, telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai sama ada ekonomi AS bersedia untuk menghadapi kadar yang lebih tinggi.

“Mata wang masih menerima petunjuk daripada penetapan yuan harian serta prestasi ekuiti China – dan maknanya kepada risiko,” beritahu Sue Trinh, ketua strategi tukaran asing Asia di Bank Diraja Kanada di Hong Kong, kepada Bloomberg News.

“Pergerakan harga dolar-yen sedang mengheret kemerosotan dolar pada umumnya.”

Bercakap pada hujung minggu, naib pengerusi Simpanan Persekutuan Stanley Fischer mengiktiraf krisis di China telah menimbulkan persoalan mengenai keadaan ekonomi dunia, walaupun jika data AS masih baik.

ARTIKEL YANG SAMA