Dolar lemah, minyak Asia meningkat

Dolar lemah, minyak Asia meningkat

SINGAPURA, 22 Jun (AFP) – Minyak meningkat di Asia hari ini selepas kata-kata daripada bos Simpanan Persekutuan Janet Yellen mengenai ekonomi AS melemahkan dolar dan peniaga menunggu pengundian Britain mengenai masa depannya dalam Kesatuan Eropah.

Peniaga juga sedang menunggu pengeluaran data simpanan stok AS pada lewat hari ini, mengharapkan idea mengenai permintaan di negara pengguna minyak utama dunia, setelah kumpulan industri berkata bekalan telah merosot pada minggu lalu.

Yellen mengingatkan semalam bahawa ekonomi AS menghadapi ‘ketidakpastian’ akibat aktiviti domestik yang lebih lembap dan pengundian Britain untuk keluar dari EU, sekali gus mengisyaratkan satu kenaikan dalam kadar faedah AS mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata beliau mahu ekonomi berada pada ‘haluan menggalakkan’ sebelum bank pusat menambah kos pinjaman, yang menyebabkan dolar merosot.

Dolar yang lebih lemah menjadikan minyak lebih murah untuk sesiapa yang menggunakan mata wang lain.

Pasaran adalah tidak stabil pada minggu menjelangnya pengundian Britain esok. Sementara penerima taruhan berkata terdapatnya 80 peratus peluang Britain akan kekal dalam EU, tinjauan pendapat meramalkan persaingan sengit, dengan kira-kira 10 peratus pengundi masih belum memutuskan haluan yang akan diambil.

“Satu pengundian UK untuk keluar daripada Kesatuan Eropah mungkin memberikan kesan ekonomi yang besar,” Yellen mengingatkan dalam satu keterangan kepada Jawatankuasa Perbankan Senat.

Pada kira-kira 0630 GMT hari ini, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Ogos, kontrak baru, naik 40 sen, atau 0.80 peratus, pada $50.25, sementara Brent naik 40 sen, atau 0.79 peratus, kepada $51.02.

Stephen Innes, peniaga senior di firma tukaran asing OANDA Asia Pasifik, berkata harga minyak “sedang ditentukan oleh pergerakan dolar AS.”

Jabatan tenaga AS dijangka mengeluarkan angka simpanan stok mingguannya pada hari ini, sehari selepas Institut Petroleum Amerika menunjukkan kemerosotan yang lebih besar daripada dijangka.

ARTIKEL YANG SAMA