Dolar lemah, minyak naik

Dolar lemah, minyak naik

SINGAPURA, 30 Mac (AFP) – Harga minyak naik hari ini disebabkan dolar yang lebih lemah selepas ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen mengisyaratkan pendekatan berhati-hati terhadap kenaikan kadar faedah, pemerolehan terjejas oleh kebimbangan mengenai kemelesetan bekalan.

Satu laporan jabatan tenaga AS yang dijangka dikeluarkan pada lewat hari ini dijangka menunjukkan satu lagi pertambahan dalam simpanan stok minyak mentah komersial AS, menandakan permintaan yang lebih lemah dalam pengguna minyak terkenal dunia.

Pada kira-kira 0655 GMT hari ini, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran Mei naik 31 sen, atau 0.81 peratus, pada $38.59 dan minyak mentah Brent untuk Mei adalah 29 sen, atau 0.74 peratus, lebih tinggi pada $39.43.

Kedua-dua kontrak telahpun merosot sejak pertengahan minggu lalu selepas berpulih daripada tahap rendah 13-tahun yang dicatat pada Februari.

Dolar menjadi lemah selepas Yellen berkata semalam bahawa kadar faedah tidak mungkin naik sebelum Jun dan sebarang tindakan adalah perlahan dan beransur-ansur.

Mata wang AS yang lebih lemah menjadikan minyak lebih murah untuk pemegang unit lain, sekali gus menggalak peniaga supaya membeli dan menaikkan harga.

Namun penganalisis berkata mana-mana kenaikan harga minyak yang tidak didorong oleh permintaan sebenar tidak mungkin bertahan.

“Kenaikan harga minyak hari ini adalah agak terhad. Jika ia bergantung pada kelemahan dolar AS, ia tidak akan naik lebih tinggi,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Markets di Singapura.

“Dalam jangka panjang, ia masih satu permainan permintaan dan bekalan. Ia masih isu kemelesetan bekalan. Ia adalah setakat yang mampu dilakukan oleh dolar AS.”