Dolar meningkat selepas AS tambah tenaga kerja

Dolar meningkat selepas AS tambah tenaga kerja

TOKYO, 8 Ogos – Dolar naik berbanding yen dan kebanyakan mata wang pasaran membangun pada hari ini selepas berita mengatakan ekonomi AS menambah lebih banyak pekerjaan daripada dijangka pada bulan lalu.

Pada Jumaat, Jabatan Pekerja berkata ekonomi teratas dunia menambah 255,000 pekerjaan pada Julai, mengatasi ramalan penganalisis untuk pertambahan 185,000 senarai gaji, sementara juga mempertingkat anggaran pekerjaan untuk dua bulan sebelumnya.

Angka tersebut merangsang kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Simpanan Persekutuan pada tahun ini, selepas data KDNK merosot.

“Dari segi dasar mata wang, dolar AS mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding euro dan pound disebabkan Bank England merosot dan risiko ECB (Bank Pusat Eropah) berkura-ngan,” beritahu Elias Haddad, ahli strategi mata wang senior di Bank Komanwel Australia, kepada Bloomberg News.

Pada masa yang sama, “perbezaan dasar mata wang yang kami hadapi pada tahun lalu atau dua tahun lalu tidak akan menjadi ketara pada tahun ini walaupun jika Persekutuan menambah kadarnya pada Disember.”

Pada hari ini, dolar naik kepada 102.01 yen daripada 101.79 yen di New York dan 101.08 yen di Tokyo pada awal Jumaat.

Euro membeli 113.29 yen dan AS$1.1104 berbanding 112.89 yen dan AS$1.1096. Pound tidak berubah pada AS$1.3086.

Dolar juga meningkat berbanding beberapa mata wang Asia termasuk won Korea Selatan, ringgit Malaysia, rupiah Indonesia dan dolar Taiwan.

Bagaimanapun, baht Thai meningkat 0.4 peratus berban-ding dolar selepas pengundi pada hujung minggu meluluskan perlembagaan yang digubal oleh junta dalam satu rangsangan kepada aspirasi politik tentera. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA