Dolar naik dalam pasaran Asia

Dolar naik dalam pasaran Asia

TOKYO, 25 Sept (AFP) – Dolar naik berbanding kebanyakan mata wang dalam perniagaan Asia hari ini selepas pengerusi Simpanan Persekutuan Janet Yellen berkata beliau menjangka satu kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) sebelum tahun berakhir.

Komen Yellen semalam merupakan yang pertama sejak beliau menimbulkan kebimbangan pada minggu lalu dengan berkata Persekutuan telah mengekal kadar disebabkan kebimbangan mengenai kemelesetan China dan negara membangun lain menjejaskan ekonomi teratas dunia.

Kemungkinan kenaikan kadar melihat pelabur berpindah balik kepada dolar daripada mata wang pasaran membangun tatkala mereka mencari pulangan yang lebih baik di AS.

Mata wang India rupee merosot 0.25 peratus, won Korea merosot 0.16 peratus, ringgit Malaysia adalah 0.13 peratus lebih rendah dan dolar Singapura merosot 0.11 peratus. Bagaimanapun, rupiah Indonesia dan baht Thai meningkat selepas beberapa siri kerugian.

“Kata-kata Yellen terus menyokong pertaruhan untuk dolar yang lebih kukuh,” beritahu Jeon Seung Ji, penganalisis mata wang di Samsung Futures di Seoul, kepada Bloomberg News.

Unit AS juga meningkat berbanding mata wang lain, membeli 120.48 yen daripada 120.29 yen semalam di New York, sementara euro berada pada AS$1.1157 dan 134.41 yen berbanding dengan AS$1.1172 dan 134.36 yen.

Yen meninggalkan pemerolehan awal selepas data menunjukkan harga pengguna Jepun merosot untuk kali pertama dalam lebih dua tahun pada Ogos.

Berita itu keluar sebagai satu tamparan kepada pelan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk merangsang ekonomi Jepun selepas kemerosotan harga dan pertumbuhan lembap bertahun-tahun lamanya.

ARTIKEL YANG SAMA