Dominic rampas kembali gelaran UFC

Dominic rampas kembali gelaran UFC

BOSTON, 18 Jan – Dominic Cruz merampas kembali gelaran bantamweight UFC semalam, dengan mengetepikan T.J. Dillashaw menerusi keputusan berasingan di TD Garden.

Cruz (21-1) menerima kemenangan 48-47 dan 49-46, dan seorang hakim mencatatkan pertarungan lima pusingan 49-46 bagi Dillashaw (13-3).

Dipaksa untuk melepaskan gelaran kerana kecederaan lutut, Cruz bertarung buat kali pertama sejak 2014 dan kali kedua sejak 2011. Dillashaw mempertahankan gelarannya tersebut untuk kali ketiga.

“Tidak terdapat sebarang perkara seperti berkarat,” kata Cruz, dari San Diego. “Karat adalah sesuatu yang diperoleh apabila anda tidak berlatih bersungguh-sungguh. Saya telah menyaksikan pesaing melakukan apa yang dilakukan T.J., tetapi dia lebih pantas.”

Dominic Cruz mendapatkan kembali gelaran Bantamweight UFC setelah terpaksa menggugurkan gelaran itu akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini. - AFP
Dominic Cruz mendapatkan kembali gelaran Bantamweight UFC setelah terpaksa menggugurkan gelaran itu akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini. – AFP

Cruz menewaskan Dillashaw, dari Denver pada setiap dari empat pusingan pertama dan menggunakan pergerakan kakinya untuk mengawal jarak bagi sepanjang pertarungan.

“Saya merasa kecewa,” kata Dillashaw. “Saya merasakan saya seorang penyerang dan melepaskan beberapa tumbukan kencang. Saya bukanlah peminatnya, tetapi tahniah kepadanya.

Cruz menjatuhkan Dillashaw sekali pada pusingan pertama, menarik kakinya ketika Dillashaw melakukan sepakan. Pada akhir pusingan, Cruz berjaya mematahkan percubaan daripada Dillashaw.

Cruz menggunakan kelajuan kakinya pada pusingan kedua, bergerak ke dalam dan luar jarak untuk melepaskan tumbukan. Pada minit akhir pusingan, dia menjatuhkan Dillashaw dua kali dengan sepakan.

Dillashaw melepaskan dua sepakan ke kepala pada pusingan ketiga, mengakibatkan luka di bibir Cruz dan seterusnya di mata kirinya. Cruz menjauhkan diri sepanjang pusingan itu dan mendapatkan satu lagi sepakan.

Dillashaw mengalami luka panjang di mata kiri pada pusingan keempat, tetapi mendapatkan satu mata bagi kejatuhan pertamanya, yang berada di belakang Cruz dan memaksanya jatuh.

Pada pusingan kelima, Cruz terus bergerak secara bulatan. Lewat pusingan itu, Dillashaw melepaskan sepakan lutut ke bahagian tengah badan. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA