Domino akan uji robot hantar piza

Domino akan uji robot hantar piza

WELLINGTON, 18 Mac (AFP) – Restoran makanan segera besar, Domino’s akan menguji robot penghantaran piza di New Zealand, menurutnya hari ini, dengan teknologi tinggi, unit-unit tanpa pemandu sebagai yang pertama di dunia.

Dalam langkah yang begitu disokong oleh kerajaan New Zealand, Domino’s berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk merancang mengeluarkan Unit Robotik Domino’s (DRU).

Robot empat roda, yang dimajukan di Australia, mempunyai ketinggian semeter (tiga kaki) dan mengandungi kompartmen haba yang membawa sehingga 10 piza.

Ia berkuasa bateri dan menggunakan sensor untuk mengelak halangan, dengan menurut Domino’s ia boleh menghantar piza dalam jarak 20 kilometer dari kedai sebelum kembali untuk ia dicas semula.

Para pelanggan diberikan kod apabila mereka memesan, yang mana kod itu akan dimasukkan pada papan kekunci untuk membuka kompartmen yang mengandungi piza mereka.

“DRU nakal dan menimbulkan kasih sayang dan kami yakin satu hari nanti dia akan menjadi bahagian penting keluarga Domino’s,” kata pengurus besar New Zealand rangkaian itu Scott Bush.

“Dia adalah laluan ke masa hadapan dan kami merasa sangat seronok untuk menerokai lebih jauh lagi.”

ARTIKEL YANG SAMA