Dompet digital Apple ‘menuju’ China

Dompet digital Apple ‘menuju’ China

SAN FRANCISCO, 18 Dis (AFP)– Apple mengumumkan perkongsian besar dengan UnionPay China kelmarin, untuk menempatkan dompet digital berfungsi dalam negara yang paling ramai penduduknya di dunia itu.

Para pelanggan UnionPay China akan dapat menambah kad bank mereka kepada Apple Pay dalam iPhones, iPads atau Apple Watch, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

“China adalah pasaran paling penting bagi Apple dan bersama UnionPay China dan sokongan daripada 15 bank-bank utama China, pengguna akan dapat pengalaman pembayaran yang selamat, terjamin dan mudah,” kata naib presiden kanan bagi perkhidmatan dan perisian Apple, Eddy Cue.

Perkhidmatan itu boleh didapati awal tahun depan, menangguhkan persetujuan pengawal atur China. UnionPay mengoperasi sistem pembayaran dan penjelasan antara bank negara China dan dilaporkan telah mengeluarkan lebih lima bilion kad pada ketika itu.

ARTIKEL YANG SAMA