Donald Trump gigih untuk raih kemenangan

Donald Trump gigih untuk raih kemenangan

LIMA buah negeri dalam masa satu hari menjadikan kempen Donald Trump sangat luar biasa dan berdepan dengan ribuan orang ramai membuatkan proses kempen pilihan raya beliau sangat menyeronokkan dan luar biasa. Jika Donald Trump menang esok, Rumah Putih akan menjadi satu siri jelajah yang baru melalui ‘His unique blend of showmanship, eye-raising insults of his opponents’ dan perjanjian terhadap ‘pembersihan kesalahan’.

Donald Trump yang berusia 70 tahun ini bergurau untuk mengambil tempoh cuti yang lama jika dia tidak menang undian untuk menjadi presiden Amerika Syarikat seterusnya namun Parti Republikan menyanjung tinggi usaha beliau pada saat akhir kempennya untuk meraih banyak lagi kutipan undian.

“Saya bercita-cita besar untuk meraih undian anda dan saya berharap untuk melakukan perubahan yang baru untuk penduduk-penduduk Amerika Syarikat khususnya,” kata Donald Trump ketika berucap di kempen beliau di Manchester yang mana dihadiri kira-kira 10,000 penyokongnya.

“Kita akan memenangi wilayah Negeri New Hempshire dan kita akan mengambil kembali kerusi Rumah Putih,” tambahnya lagi kepada penyokong-penyokong beliau. Dengan arus perlumbaan untuk menjadi presiden Amerika Syarikat yang seterusnya, Donald Trump bersaing dan bertempur untuk memujuk Amerika Syarikat untuk melakukan sesuatu yang terbaik terhadap isu politik mereka.

“Setiap politik yang dipaparkan adalah mengenai pelbagai isu kegagalan, kemiskinan dan apa sahaja bentuk masalah yang lebih membawa kepada kerugian,” kata Donald Trump kepada 5,000 penyokong beliau di Raleigh, North Carolina.

Donald Trump yang berusia 70 tahun ini bergurau untuk mengambil tempoh cuti yang lama jika dia tidak menang untuk menjadi presiden Amerika Syarikat seterusnya. – AFP
Donald Trump yang berusia 70 tahun ini bergurau untuk mengambil tempoh cuti yang lama jika dia tidak menang untuk menjadi presiden Amerika Syarikat seterusnya. – AFP

Jika sekiranya, Donald Trump tewas dalam pilihan raya tersebut, ia bukanlah disebabkan oleh kekurangan usaha beliau malah ia disebabkan oleh ikatan demokratik yang kuat di beberapa wilayah di Amerika Syarikat seperti Colorado, Michigan, Minnesota, Pennsylvania dan juga Virginia.

Pada Sabtu yang lalu, Donald Trump telah menjelajah hampir sejauh 7,2400 km diikuti 4.828 km pada hari Ahad yang lalu untuk menjalankan kempen beliau malah beliau telah menjelajah sekitar lima buah negeri dalam satu hari untuk mengumpul lagi banyak undian daripada para penyokong-penyokong beliau. Perhimpunan terakhir beliau berlaku di Michigan dan berlangsung tengah malam.

Jika menang, Trump menegaskan yang beliau akan melakukan yang lebih baik daripada sebahagian cadangan yang diberikan oleh komuniti pilihan raya malah Donald turut mengisytiharkan sokongannya di kalangan Amerika Afrika dan juga Latin walaupun kekurangan kehadiran minoriti itu di kebanyakan kempen yang dijalankan oleh Donald Trump.

Persaingan

Persaingan di antara dua tokoh ini memperlihatkan satu keadaan yang amat sengit. Hillary Clinton dilaporkan mendahului ‘polls’ selepas sahaja mengadakan kempen di Grand Rapids, Michigan. Namun bagi sesetengah individu, mereka beranggapan bahawa Donald Trump adalah seorang model yang berperanan besar. Jack Keefe yang berusia 18 tahun yang bersekolah berdekatan dengan Massachusetts telah memandu kenderaannya selama 90 minit hanya untuk bertemu dengan Donald Trump.

“Saya amat gembira kerana dapat mengundi beliau namun jika beliau kalah, saya akan menangis namun saya berharap Clinton tidak seteruk apa yang digambarkannya,” tambah Keefe mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA