Donald Trump kesal

Donald Trump kesal

CHARLOTTE, 19 Ogos – Calon presiden Republikan Donald Trump semalam menyatakan kekesalan kerana mengecewakan orang lain dengan cara percakapannya yang celupar.

Beliau berkata demikian pada rapat umum pertamanya sejak mengarahkan rombakan dalam kempennya bagi menyelamatkan kembaranya menawan Rumah Putih.

“Kadangkala dalam kehangatan perdebatan dan bercakap mengenai pelbagai isu, anda tidak memilih perkataan yang bagus atau anda berkata perkara yang salah,” Trump memberitahu rapat umum di Charlotte, Carolina Utara.

“Saya telah melakukannya. Dan percaya atau tidak, saya merasa kesal,” katanya, yang menarik ketawa dan sorakan orang ramai. “Saya kesal terutamanya di mana ia mungkin mengakibatkan kesakitan peribadi.”

Dia menambah: “Terlalu banyak yang sukar kita lihat dengan isu-isu ini, tetapi satu perkara saya menjanjikan anda, saya selalu memberitahu anda kebenaran.”

Kesakitan yang disengajakan bilionair New York itu mengakibatkannya berada dalam kesukaran. Salah satu kesilapan terbesar adalah berbalah berulang kali bersama ibu bapa kapten tentera yang terbunuh di Iraq.

Pengkritik minggu lalu mendakwanya menghasut keganasan ke atas pesaing Demokratik, Hillary Clinton dalam ulasan mengenai hak untuk mengangkat senjata dan laporan media tersebar mengenai kempen dalam krisis dan calon jelas tidak berupaya dalam ulasan kesilapan itu.

Clinton mendahului Trump 47 peratus kepada 41.2 peratus, menurut perkadaran tinjauan Real Clear Politics, berikutan beberapa minggu kesilapan yang merenggangkan pendahuluan Republikan dan menyaksikan penyokongnya sendiri terjejas.

Rabu lalu Turmp melantik eksekutif berita berhaluan kanan, Stephen Bannon sebagai CEO kempen dan menaikkan Kellyanne Conway kepada pengurus kempen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA