Dongeng The Foxes berterusan

Dongeng The Foxes berterusan

LEICESTER, 23 Nov – Shinji Okazaki dan Riyad Mahrez menyumbat gol yang membantu kelab England, Leicester melakar keajaiban mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara apabila menewaskan Brugge 2-1 semalam.

Leicester yang bergelut untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tetapi kisah dongeng mereka kini berterusan di Eropah apabila menjadi kelab yang tampil beraksi dalam saingan berprestij itu buat kali pertama mengungguli peringkat kumpulan sejak Malaga pada 2012.

Porto gagal menewaskan FC Copenhagen sekali gus menyaksikan Leicester mendahului saingan Kumpulan G dengan kelebihan lima mata sekali gus menjamin kedudukan mereka selaku juara kumpulan dan layak ke pusingan 16 terakhir sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang gergasi Portugal itu pada 7 Disember ini.

“Kami dalam perjalanan lain. Saya tidak tahu di mana, tetapi kami sangat teruja!” kata pengurus Leicester Claudio Ranieri. “Kami bermula baik, memberi tekanan kepada lawan, menjaringkan dua gol dan menguasai perlawanan. Tetapi selepas mereka menyumbat gol kami hilang arah sedikit.

“Sekarang kami sudah memenangi saingan peringkat kumpulan, namun adalah penting kami perlu bangkit dalam Liga Perdana Inggeris.”

Okazaki (tiga kanan) meraikan gol dan jaringan pertama pasukan semasa menentang Club Brugge di Stadium King Power untuk perlawanan Liga Juara-Juara, kelmarin. – AFP
Okazaki (tiga kanan) meraikan gol dan jaringan pertama pasukan semasa menentang Club Brugge di Stadium King Power untuk perlawanan Liga Juara-Juara, kelmarin. – AFP

Satu-satunya yang mengecewakan barisan Ranieri, yang dipisahkan dua mata daripada zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris, adalah gol babak kedua emain sayap Brugge dari Colombia Jose Izquierdo.

Gol itu menghalang Leicester menjadi pasukan pertama sejak Manchester United pada 2010 mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lima perlawanan pertama peringkat kumpulan, tetapi ia bukan yang sangat penting pada malam bersejarah mereka.

Kekalahan Brugge di Stadium King Power adalah kelima berturut-turut dalam kumpulan, sekali gus memadamkan harapan juara Belgium daripada meraih tempat dalam Liga Europa.

Leicester telah memerlukan masa kurang daripada lima minit untuk bermula dalam kemenangan 3-0 yang menterbalikkan keputusan September lalu dan mereka pantas bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan.

Satu hantaran tajam Marc Albrighton dan Jamie Vardy berakhir dengan hantaran lencong menarik Christian Fuchs di belakang pertahanan pelawat memberikan Okazaki peluang dekat tiang gol.

Transformasi Jekyll dan Hyde Leicester berlaku sekali lagi dan mereka menguasai lawan dengan cara yang mengingatkan peminat kepada lonjakan luar biasa musim lalu.

Pada minit ke-29 ia adalah 2-0, Mahrez berjaya memperdaya Butelle menerusi sepakan penalti selepas Albrighton memancing Dion Cools kepada cabaran mengelirukan di pinggir kotak.

Jaringan itu merupakan gol keempat pemain sayap Algeria dalam kempen kali ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dalam kumpulan.

Penjaga gol Leicester Ron-Robert Zieler yang menggantikan Kasper Schmeichel, tidak mengharapkan permulaan mudah untuk kemunculan sulung beliau sehingga dicemaskan dengan percubaan rembatan lengkung dari Izquierdo.

Leicester masuk babak kedua sebagai pasukan terakhir dalam pertandingan itu yang masih belum bolos, tetapi statistik itu berubah dalam masa tujuh minit sepak mula babak kedua.

Selepas kembali menguasai, Izquierdo membawa bola ke kanan sebelum merembat melepasi Zieler dekat tiang gol.

Pemain kedua-dua pasukan masing-masing kena perangkap ofsaid, Vardy untuk Leicester, Claudemir untuk Brugge, sebelum tuan rumah cemas dengan percubaan sudut sukar pemain gantian Anthony Limbombe.

Sebagai usaha untuk terus menjinakkan Brugge, Ranieri menurunkan Jeff Schlupp dan Demarai Gray untuk jaringan Mahrez dan Okazaki, dengan Ahmed Musa pula diturunkan tidak lama selepas itu.

Schlupp hampir membuat kesan segera selepas merampas hantaran lemah dan meledak dengan rembatan rendah yang terpaksa ditepis Butelle ke kiri.

Tendangan sudut Ricardo van Rhijn ini mencemaskan tuan rumah sehingga Butelle dua kali menggagalkan Gray untuk menjadikan kedudukan 3-1, tetapi tempat Leicester di kalangan elit Eropah tidak dapat dinafikan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA