Doping: dua perenang China diberi amaran

Doping: dua perenang China diberi amaran

BEIJING, 29 Mac (Reuters) – Persatuan Renang China telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan ‘hukuman amaran’ kepada perenang Wang Lizhuo dan An Jiabao selepas mereka didapati positif barang terlarang, clenbuterol.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan dalam talian lewat Isnin lalu, CSA itu berkata ia akan turut memberi amaran dan saman kepada pasukan Tentera Laut China, Wang dan Kelab An Tianjin serta menyaman jurulatih mereka.

Identiti Wang dan An didedahkan apabila CSA mengumumkan minggu lalu bahawa enam perenang telah gagal ujian doping semasa musim 2015-16.

Ia mengenal pasti renang ketiga dari Pasukan Tentera Laut China, Zhao Ying yang juga didapati positif Clenbuterol dalam ujian di luar pertandingan tetapi masih belum dihukum.

Clenbuterol merupakan sejenis bahan perangsang prestasi yang mana kadang-kadang terdapat dalam pil berat badan sebagai bahan yang disenaraikan haram oleh Anti-Doping Agency (WADA).

Lizhuo ketika menyertai final 100 meter kuak dada Kejohanan Kebangsaan China di Huangshan tahun lepas. – Reuters
Lizhuo ketika menyertai final 100 meter kuak dada Kejohanan Kebangsaan China di Huangshan tahun lepas. – Reuters

Penggunaan dadah perangsang dalam renang China menarik perhatian seluruh dunia minggu lalu apabila WADA mengumumkan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan yang disiarkan oleh akhbar Times bahawa pihak berkuasa sukan China telah menyembunyikan dakwaan terhadap lima ujian yang didapati positif itu untuk menghindari dari kekecohan.

Agensi anti-doping Cina (CHINADA) menafikan ia telah ‘menyembunyikan’ ujian itu, dengan alasan bahawa ia telah mengikuti protokol dengan melindungi identiti perenang manakala prosedur ujian dan pendengaran masih dijalankan.

CSA telah mengumumkan bahawa tiga perenang lain didapati positif hydroclorothiazide diuretik yang dilarang dalam ujian di luar pertandingan pada bulan Januari tetapi nama perenang tidak didedahkan.

ARTIKEL YANG SAMA