Dorong belia dampingi masjid

Dorong belia dampingi masjid

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Bengkel Memakmurkan Masjid ke-7 anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara yang berlangsung selama tiga hari telah berakhir hari ini dengan majlis penutup.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal masjid, Haji bin Amir Hisham Haji Masri.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan sembahyang sunat Doha sebelum pertandingan membaca Al-Quran belia dan beliawanis.

Bengkel yang bermula 12 Disember lalu itu telah disertai oleh para belia yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu di antara 8 hingga 11 Tahun dan 12 hingga 35 tahun.

Diisi dengan klinik Al-Quran, bengkel tersebut bertujuan untuk menggalakkan para belia dan beliawanis mendampingi masjid serta sama-sama memakmurkan masjid.

Salah seorang peserta pertandingan membaca Al-Quran.
Salah seorang peserta pertandingan membaca Al-Quran.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi para belia mempelajari beberapa ilmu yang berfaedah melalui kelas-kelas pengajian di masjid yang berfokus kepada pembelajaran Al-Quran serta memberikan peluang kepada para peserta untuk belajar bekerja dalam kumpulan secara sepakat.

Penganjurannya juga adalah untuk mengisi program percutian agar tidak membuat perkara yang tidak berfaedah, sekali gus mengetahui dan mempelajari rahsia Ayat-ayat Al-Quran.

Empat orang fasilitator telah mengendalikan bengkel berkenaan iaitu Awang Hanafi bin Haji Zaidi, Haji Abdul Rahman bin Haji Malek, Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbudin dan Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar.

ARTIKEL YANG SAMA