Dorong pelajar rajin kunjungi DBP

Dorong pelajar rajin kunjungi DBP

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 28 murid dan empat guru dari Sekolah Rendah Bendahara Lama telah mengadakan lawatan sambil belajar ke bangunan Perpustakaan pusat, Dewan Bahasa dan Pustaka, di ibu negara, hari ini.

Lawatan rombongan itu antara lain bertujuan untuk mengenali peranan dan tanggungjawab serta perkembangan perpustakaan DBP secara dekat dan sekali gus menggalakkan para pelajar untuk menjadi ahli DBP dan seterusnya mendorong mereka untuk rajin membaca.

Semasa lawatan berkenaan, rombongan turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan, Dayang Sukartinie binti Haji Ahmad Hasin yang menjelaskan mengenai latar belakang perpustakaan, sejarah, perkhidmatan, peraturan dan program-program yang dilaksanakan oleh Perpustakaan DBP.

Bagi memeriahkan lagi eksplorasi lawatan itu, para pelajar turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan seperti sesi membaca dan bercerita, aktiviti mengeja, mendaftar sebagai ahli perpustakaan, dan melawat ke bahagian perkhidmatan pengguna perpustakaan seperti Bahagian American Shelf dan Perkhidmatan Siber.

Rombongan pelajar ketika mendengar taklimat DBP daripada Dayang Sukartinie.
Rombongan pelajar ketika mendengar taklimat DBP daripada Dayang Sukartinie.
Para pelajar dari Sekolah Rendah Bendahara Lama ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Pusat, DBP.
Para pelajar dari Sekolah Rendah Bendahara Lama ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Pusat, DBP.

ARTIKEL YANG SAMA