Dorsett lantik pengurus baru

Dorsett lantik pengurus baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Dorsett Grand Labuan, yang merupakan hotel mewah di Labuan, kini mempunyai Pengurus Besar baru dengan pelantikan Susan Carlos, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh hotel berkenaan, Susan yang mempunyai lebih 20 pengalaman dalam industri hospitaliti, bertanggungjawab bagi operasi-operasi haruan dan pengurusan keseluruhan hotel tersebut.

Pengurus hotel berpengalaman dengan latar belakang daripada bahagian jualan dan pemasaran itu, dinaikkan pangkat daripada pengurus pembantu eksekutif di hotel berkenaan.

Sebelum ini, menurut kenyataan itu lagi, beliau mengetuai Pasukan Jualan dan Pemasaran di Dorsett Grand Subang, malah pernah bekerja dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Sheraton Subang Hotel & Towers dan telah berkhidmat dengan kumpulan berkenaan sejak 2007.

Pengurus Besar yang baru dilantik Susan Carlos (di tengah) bersama dengan ahli pengurusan hotel berkenaan. - Gambar Aziz Idris
Pengurus Besar yang baru dilantik Susan Carlos (di tengah) bersama dengan ahli pengurusan hotel berkenaan. – Gambar Aziz Idris

Semasa kunjungan ke Brunei, baru-baru ini, Perhimpunan Malam Media telah diadakan untuk mengenali para perwakilan media dan mempromosikan Pakej Hujung Minggu Sempurna kepada pelbagai komuniti di negara ini.

Hotel mewah dengan 178 bilik itu merupakan satu-satunya hotel antarabangsa di Labuan dan baru-baru ini menerima anugerah ‘Hotel Perniagaan Jenama Malaysia Terbaik 2014’, ‘Hotel Perniagaan Mewah 2014’ dan ‘Sijil Kecemerlangan 2015’ daripada TripAdvisor.

ARTIKEL YANG SAMA