Dortmund azam rapatkan jurang

Dortmund azam rapatkan jurang

BERLIN, 4 Mac (AFP) – Dua kelab terbaik Jerman akan bertemu esok dengan tuan rumah Borussia Dortmund bersedia untuk menyemarakkan lagi perebutan gelaran Bundesliga dengan pasukan Bayern Munich bimbingan Pep Guardiola.

Bayern dilihat pasti menjulang gelaran liga keempat berturut-turut, dan menikmati pendahuluan lapan mata di depan Dortmund yang berada di tangga kedua, sehingga Mainz mencatatkan kemenangan mengejut 2-1 di Allianz Arena Rabu lalu.

Kecundang kepada Mainz adalah kekalahan kedua liga Bayern musim ini. Kemenangan 2-0 Dortmund di Darmstadt malam yang sama bermakna pendahuluan Bayern dikurangkan kepada lima mata dan menambah lagi kehangatan bagi pertemuan yang disebut-sebut di Signal Iduna Park, Borussia, tetapi pasukan Bavaria itu masih menjadi pilihan.

Kapten Borussia Dortmund, Mats Hummels berazam untuk mengurangkan jurang dengan Bayern dengan aksi Bundesliga esok. – Reuters
Kapten Borussia Dortmund, Mats Hummels berazam untuk mengurangkan jurang dengan Bayern dengan aksi Bundesliga esok. – Reuters

Ketika pasukan itu bertemua Oktober lalu, Bayern menewaskan Dortmund 5-1 di Munich. Bayern memenangi empat daripada lima pertemuan liga mereka termasuk kejayaan dalam dua kunjungan mereka yang lalu di Dortmund.

Satu-satunya kejayaan Dortmund dalam Bundesliga ke atas Bayern empat tahun lalu adalah menang 3-0 di Munich pada April 2014 apabila pasukan Guardiola sudah memenangi gelaran liga ketika musim berbaki tujuh perlawanan. Tetapi buat kali pertama dalam tiga musimnya di Bayern, Guardiola menghadapi persaingan sengit daripada pencabar terdekat.

ARTIKEL YANG SAMA