Dortmund bangkit, Southampton gagal

Dortmund bangkit, Southampton gagal

PARIS, 21 Ogos (AFP) – Borussia Dortmund bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk melengkapkan kemenangan 4-3 ke atas kelab Norway, Odd dalam perlawanan pertama play-off Liga Europa manakala wakil England, Southampton terikat 1-1 dengan kelab Denmark, Midtjylland.

Dortmund bermula dengan baik musim ini menerusi jurulatih barunya, Thomas Tuchel dengan mencipta kemenangan 4-3 di tempat lawan di Skien, selatan Oslo, awal pagi tadi.

Namun, tuan rumah membuat kejutan awal menerusi jaringan Jone Samuelsen pada minit kedua diikuti Fredrik Nordkvelle (m-20) dan Espen Ruud (m-22) untuk meletakkan Odd 3-0 di depan selepas tamat separuh masa pertama.

Dortmund, yang meletakkan lima pemain yang beraksi menentang Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara Eropah pada 2013, bangkit menerusi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-34.

Pemain Dortmund, Marco Reus, Shinji Kagawa meraikan jaringan semasa aksi Bundesliga menentang Moenchengladbach 15 Ogos lalu. – AFP
Pemain Dortmund, Marco Reus, Shinji Kagawa meraikan jaringan semasa aksi Bundesliga menentang Moenchengladbach 15 Ogos lalu. – AFP

Gol kedua Dortmund dihasilkan menerusi Shinji Kagawa pada minit ke-76 sebelum Aubameyang sekali lagi meletak untuk gol penyamaan pada minit ke-76. Henrikh Mkhitaryan muncul hero Dortmund untuk gol kemenangan pada minit ke-85.

Southampton pula perlu bekerja lebih keras untuk menyertai Tottenham Hotspur dan Liverpool untuk menjadi kelab ketiga England layak ke peringkat kumpulan Liga Europa.

ARTIKEL YANG SAMA