Dortmund bangkit, tumpaskan Stuttgart 4-1

Dortmund bangkit, tumpaskan Stuttgart 4-1

BERLIN, 30 Nov (dpa) – Borussia Dortmund kembali bangkit dengan kemenangan 4-1 ke atas VfB Stuttgart dalam liga Bundesliga semalam sekali gus menafikan kejayaan awal Bayern Munich bagi kejuaraan tidak rasmi musim sejuk.

Gonzalo Castro membuat gol pembukaan dan kemudian disusuli oleh rembatan penjaring terbanyak Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-19 bagi kedudukan kukuh 2-0. Daniel Didavi memulihkan harapan Stuttgart tetapi gol sendiri oleh Georg Niedermeier dan gol kedua oleh Aubameyang meleburkan harapan Stuttgart.

Munich menerajui laluan dengan 40 matat tetapi masih belum menjamin sepenuhnya bagi tepat pertama pada separuh jalan kerana Dortmund adalah lapan mata di belakang dengan 32 mata dengan baki tiga lagi perlawanan.

Wolfsburg yang kini di tempat ketiga meraih 25 mata selepas terikat seri 0-0 dengan Augsburg sementara Bayer Leverkusen seri 1-1 dengan Schalke.

Kapten Dortmund Mats Hummels, yang menjaringkan gol sendiri ketika kalah 3-1 pada hujung minggu di SV Hamburg dan menyebabkan pemberian sepakan penalti yang menyaksikan Dortmund kalah 1-0 dalam Liga Europa di Krasnodar pada Khamis.

Pemain pertahanan Stuttgart, Georg Niedermeier (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain midfield Dortmund, Sven Bender pada perlawanan Bundesliga di Dortmund bahagian barat Jerman pada 29 November 2015. – AFP
Pemain pertahanan Stuttgart, Georg Niedermeier (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain midfield Dortmund, Sven Bender pada perlawanan Bundesliga di Dortmund bahagian barat Jerman pada 29 November 2015. – AFP

Stuttgart turun kepada kedua tercorot selepas perlawanan pertama di bawah jurulatih sementara Juergen Kramny yang menyaksikan tiada pusingan selepas Alexander Zorniger dipecat tetapi kekalahan ketiga berturut-turut dengan empat gol.

“Cara kami kembali selepas kekalahan 2-0 adalah bagus. Kami tidak mahu kalah untuk kali ketiga tetapi ia berlaku. Sekarang kami turunkan Werder Bremen dan kami akan lihat,” Kramny memberitahu Sky TV.

Jurulatih Dortmund Thomas Tuchel berkata: “Ia satu kerja yang berat kerana kami agak tidak bersemangat pada separuh pertama walaupun kami mendahului. Tetapi separuh kedua adalah sangat-sangat bagus. Kami tidak membenarkan lagi sebarang peluang dan mampu memang dengan margin lebih besar. Kami amat berpuas hati.”

Castro menanduk gol pembukaan tiga minit sejurus permainan bermula selepas Przemyslaw Tyton menyelamatkan rembatan pertama daripada Henrikh Mkhitaryan, dan hantaran belakangnya kemudian diambil oleh Aubameyang yang tidak melepaskan peluang itu dengan merembat gol kedua kurang 20 minit perlawanan bermula.

ARTIKEL YANG SAMA