Dortmund bermula garang

Dortmund bermula garang

BERLIN, 24 Ogos (Reuters) – Borussia Dortmund menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua untuk membenam Ingolstadt 4-0 semalam dan mengungguli persada Bundesliga dengan enam mata, di depan Bayern Munich dengan perbezaan jaringan.

Juara 2011 dan 2012 itu, yang memenangi perlawanan pembukaan mereka menentang Borussia Moenchengladbach dengan jaringan yang sama, bergelut pada separuh masa pertama biarpun beberapa peluang terhadap kelab Bavarian itu namun berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-55 apabila pemain pertahanan, Matthias Ginter menewaskan pengawalnya dan menjaringkan gol. Jurulatih Thomas Tuchel menggandakan pendahuluan mereka lima minit kemudian apabila Marco Reus menyudahkan sepakan penalti selepas Marcel Schmelzer dijatuhkan.

Pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa memastikan perbezaan satu jaringan berbanding Munich, meledakkan rembatan kaki kiri dari jarak 10 meter dan Pierre-Emerick Aubameyang menambah jaringan seterusnya dari jarak dekat pada masa penamat untuk mengumpulkan jaringannya musim ini kepada dua dalam dua perlawanan.

“Saya tahu selepas kedudukan 3-0 kami mengungguli kedudukan,” Tuchel, yang mengambil alih musim ini daripada jurulatih Juergen Klopp, memberitahu wartawan. “Namun saya berpuas hati dengan persembahan kami.

“Kami hadir, mencipta peluang dan saya berbangga dengan persembahan pasukan seperti yang dilakukan sepanjang 90 minit. Ketika rehat, saya mahu pasukan untuk memberikan ganjaran sendiri bagi persembahan seperti itu.” Keputusan itu mengangkat Dortmund, yang kecewa musim lalu dan menyelamatkan tempat dalam Liga Europa, kepada enam mata, sama seperti Bayern, yang mengatasi Hoffenheim 2-1 pada Sabtu lalu, dan Bayer Leverkusen yang menewaskan Hanover 96 1-0.

ARTIKEL YANG SAMA