Dortmund cari...

Dortmund cari penawar di Benfica

LISBON, 13 Feb – Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel berharap kembalinya mereka dalam Liga Juara-Juara akan memberikan ‘kejutan’ kepada aksi tidak konsisten pasukannya menjelang kunjungan ke Benfica bagi perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir.

Warga Jerman itu menyeksa pertahanan lawan dan mengakhir peringkat kumpulan di atas juara Eropah, Real Madrid dalam Kumpulan F selepas menghasilkan rekod jaringan dalam peringkat kumpulan, tetapi mereka gagal menghasilkan prestasi yang sama dalam liga domestik.

Dortmund, yang memenangi satu-satunya kejuaraan Liga Juara-Juara pada tahun 1997, merosot dengan mengejut apabila ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich berikutan kekalahan mengejut 2-1 kepada pasukan tercorot liga, Darmstadt. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA