Dortmund cuba singkir Bayern

Dortmund cuba singkir Bayern

BERLIN, 26 Julai – Pemain pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis percaya ini adalah masa terbaik juara Bundesliga, Bayern Munich disingkirkan daripada kedudukan teratas liga Jerman selepas empat tahun menguasai gelaran.

Bayern telah memenangi gelaran Bundesliga empat musim berturut-turut, tetapi semuanya berubah di Munich untuk musim 2016/17 apabila Carlo Ancelotti menggantikan Pep Guardiola sebagai ketua jurulatih sementara pengarah sukan, Matthias Sammer meletak jawatan kerana alasan kesihatan.

Dortmund, pasukan terakhir selain Bayern untuk memenangi gelaran liga Jerman, menjuarai Bundesliga pada 2011 dan 2012, dan selesai di tangga kedua di belakang gergasi Bavaria dalam tiga dari empat musim lalu.

Dortmund menghoskan Bayern untuk Piala Super Jerman pada 14 Ogos dalam perlawanan pembukaan musim tetapi Sokratis berkata mereka mahukan lebih banyak gelaran selain daripada musim ini.

“Tanpa Bayern, gergasi dalam sukan ini, kami sudah lama menjadi juara liga atau piala,” demikian Sokratis Papastathopoulos, yang dikenali dengan nama pertamanya di Jerman, memberitahu majalah Kicker.

“Saya akan memulakan musim keenam dalam Bundesliga dan belum memenangi satu gelaran selain Piala Super. Ia mengganggu saya. Sudah tiba masanya untuk memenangi gelaran.”

Musim liga baru di Jerman bermula 26 Ogos ini dengan Bayern menghoskan Werder Bremen sementara Dortmund beraksi di laman sendiri menentang Mainz pada hari berikutnya.

Ancelotti membawa skuadnya dalam tiga jelajah perlawanan AS di mana mereka akan menghadapi gergasi Eropah, AC Milan, Inter dan Real Madrid, meskipun tanpa bintang dari Jerman, yang masih berehat selepas Kejohanan Eropah.

Sementara Bayern meningkatkan skuad dengan menandatangani pemain pertahanan Dortmund, Mats Hummels dan midfield Renato Sanches dari Benfica, Borussia juga sibuk dalam pasaran perpindahan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA