Dortmund dapatkan khidmat Rode

Dortmund dapatkan khidmat Rode

MUNICH, 7 Jun – Borussia Dortmund telah menandatangani pemain midfield, Sebastian Rode dari pasukan juara Bundesliga, Bayern Munich, kata kelab itu semalam.

Rode, 25, berpindah ke Dortmund bagi bayaran yang tidak dinyatakan yang dipercayai bernilai 15.5 juta euro (AS$17.6 juta) dengan kontrak sehingga 2020.

Rode menyertai Bayern pada 2014 dari Eintracht Frankfurt dan membuat 46 kemunculan liga, dan beraksi dalam 11 Liga Juara-Juara dan lapan Piala Jerman. Dia mempunyai kontrak sehingga Jun 2018.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: “Sebastian Rode meminta kami untuk melepaskannya daripada kontrak kerana dia merasakan dia berpeluang untuk beraksi secara biasa di Dortmund.

Gambar fail - Dortmund kini mendapatkan khidmat pemain baru Sebastian Rode dari kelab Bayern Munich. – AP
Gambar fail – Dortmund kini mendapatkan khidmat pemain baru Sebastian Rode dari kelab Bayern Munich. – AP

“Kami meluluskan permintaannya. FC Bayern berterima kasih kepada Sebastian Rode bagi komitmennya dan kekuatannya dalam tempoh dua tahun lalu. Kami mengharapkannya yang terbaik bagi masa depan.”

Rode dilihat sebagai pengganti di Dortmund dalam bahagian midfield defensif bagi Ilkay Guendogan, yang menyertai Manchester City.

Dortmund juga hampir menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol, Marc Batra dari Barcelona.

Mereka mempersetujui kontrak empat tahun bersama pemain pertahanan itu, 25, tetapi “Masih terdapat beberapa maklumat yang perlu diselesaikan bersama kelabnya, FC Barcelona,” kata Dortmund pada Jumaat lalu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA