Dortmund hantui Bayern

Dortmund hantui Bayern

BERLIN, 1 April (AFP) – Pemain midfield Bayern Munich Sebastian Rode berkata pasukan Pep Guardiola tidak mampu melaku kesilapan dalam perlumbaan kejuaraan Bundesliga menentang bekas kelab Eintracht Frankfurt esok.

Bayern menjadi tuan rumah kepada Frankfurt dan Rode menegaskan pemain Bavaria masih belum berfikir dua kali untuk bermain melawan Benfica di tempat sendiri empat hari kemudian dalam suku akhir Liga Juara-Juara, pusingan pertama.

Bayern mendahului lima mata di depan Borussia Dortmund dengan tujuh perlawanan tinggal, tetapi Frankfurt terdesak untuk memperoleh mata.

“Kami melihat Dortmund betul-betul di belakang kami dan tidak adanya masa untuk memikirkan mengenai Benfica,” kata Rode, yang menyertai Bayern daripada Frankfurt pada 2014. “Pertama sekali, kami perlu mengawasi Eintracht Frankfuet.”

Rode mungkin berdepan dengan bekas kelabnya tatkala Guardiola merehatkan beberapa pemain midfieldnya sebelum perlawanan Eropah mereka.

Kebangkitan Dortmund musim ini ternyata menggerunkan Bayern, sekali gus menghapuskan persaingan tunggal Bundesliga. – Reuters
Kebangkitan Dortmund musim ini ternyata menggerunkan Bayern, sekali gus menghapuskan persaingan tunggal Bundesliga. – Reuters

Bayern mencatat keputusan seri di Frankfurt pada Oktober dan keputusan yang sama mungkin memadai untuk mengeluarkan pasukan Niko Kovac daripada kedudukan ketiga paling bawah.

Bayern masih belum mengaku kalah ke atas Frankfurt dalam tujuh pertemuan terakhir mereka. Tidak ada pasukan Bundesliga yang pernah memasuki lapan perlawanan berturut-turut tanpa kalah kepada pencabar yang sama.

Masih belum pasti sama ada penjaga gol Bayern Manuel Neuer sudah sihat sepenuhnya selepas dia terlepas dalam kekalahan Itali 4-1 oleh Jerman pada Selasa kerana sakit perut.

Dortmund pada Ahad menganjur Werder Bremen, yang telah mengutip lapan mata daripada lima perlawanan terakhir mereka untuk keluar daripada zon penurunan ke divisyen rendah.

Thomas Tuchel daripada Dortmund tidak dapat ditewaskan dalam 15 perlawanan kompetitif mereka pada 2016, memenangi 13 dan seri dua perlawanan.