Dortmund ke separuh akhir

Dortmund ke separuh akhir

BERLIN, 10 Feb – Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol ke-30 dirinya bagi musim ini, sekali gus membantu Borussia Dortmund ke pusingan separuh akhir Piala Jerman dengan kejayaan 3-1 membenam VfB Stuttgart.

Penyerang Gabon, Aubameyang dan pemain sayap Jerman, Marco Reus yang sudah menjaringkan 45 gol Dortmund dalam semua kejohanan musim ini, turut menambah jaringan sebelum Henrik Mkhitaryan menyumbat gol ketiga.

Aubameyang kini menjaringkan gol pada setiap perlawanan Dortmund dalam tujuh pertemuan pasukan itu di Piala Jerman, dan turut menjaringkan gol ketika kemenangan 3-1 Dortmund menewaskan Wolfsburg di final Piala Jerman, Mei lalu.

“Auba tahu bagaimana untuk mengambil peluangnya dan dia berusaha untuk mendapatkan penamat pada setiap hari,” kata Reus. “Seronok dapat bermain di sampingnya.”

Dortmund mara ke peringkat separuh akhir buat musim ketiga berturut-turut manakala rekod lima kemenangan berturut-turut Stuttgart sejak pertengahan Disember lalu berakhir.

Aubameyang (tengah) menjaringkan gol semasa menentang Stuttgart di Mercedes-Benz Arena, semalam. – Reuters
Aubameyang (tengah) menjaringkan gol semasa menentang Stuttgart di Mercedes-Benz Arena, semalam. – Reuters

Pasukan Bayern Munich bimbingan Pep Guardiola dijangka akan menyertai pusingan separuh akhir apabila mereka menentang VfL Bochum pada awal pagi esok sementara Heidenheim bakal menerima kunjungan Hertha Berlin.

Dortmund mendahului di tempat lawan di Arena Mercedes Benz apabila Reus menjaringkan gol dengan hanya lima minit perlawanan bermula.

Stuttgart bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan apabila sepakan Lukas Rupp terkena Mkhitaryan dan memasuki gawang pada minit ke-21 bagi menceriakan peminat.

Pasukan pelawat terus mendahului apabila Reus membantu gol ke-30 Aubameyang bagi gol ke-30 pemain itu dalam semua pertandingan, pada minit ke-31 apabila Stuttgart gagal mengikut rentak Dortmund.

Dengan masa perlawanan berakhir semakin hampir, Aubameyang melakukan percubaan hingga menyebabkan penjaga gol Stuttgart, Mitchell Langerak keluar dari gawangnya bagi membolehkan Mkhitaryan melakukan jaringan mudah pada minit ke-89. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA