Dortmund ke suku akhir Piala Jerman

Dortmund ke suku akhir Piala Jerman

BERLIN, 17 Dis – Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol ke-27 peribadinya musim ini yang membantu Borussia Dortmund menewaskan Augsburg 2-0 semalam dan mara ke suku akhir Piala Jerman.

Aubameyang, penjaring terbanyak Bundesliga dengan 18 gol dalam 16 perlawanan, menyempurnakan hantaran minit ke-61 Lukasz Piszczek untuk meletakkan Dortmund di depan.

Aubameyang, kapten skuad kebangsaan Gabon itu kini berada di landasan terbaik untuk menyamai rekod 40 gol Bundesliga Gerd Mueller yang dicatat pada musim 1971/71.

Di peringkat sama empat dekad lalu, Mueller baru mengumpul 17 gol, satu kurang berbanding Aubameyang, yang turut meledak dua kali dalam saingan Piala Jerman dan tujuh di Liga Europa.

“Saya tidak tahu di mana hadnya dan saya rasa dia sendiri tidak tahu tentangnya,” kata pengarah sukan Dortmund, Michel Zorc berkenaan ketajaman Aubameyang di depan gawang.

Henrikh Mkhitaryan meraikan golnya bersama rakan sepasukannya di perlawanan tersebut. – Reuters
Henrikh Mkhitaryan meraikan golnya bersama rakan sepasukannya di perlawanan tersebut. – Reuters

“Apa yang penting buat Pierre-Emerick ialah dia meneruskan apa yang dilakukannya, kerana puji-pujian kini tertumpu ke arahnya dari segenap sudut.”

Gol kedua Dortmund terhasil selepas rembatan Henrik Mkhitaryan terkena kaki pertahanan Augsburg, Ragnar Klavan pada minit ke-66 pusingan ketiga itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA