Dortmund menang tipis menentang Hanover

Dortmund menang tipis menentang Hanover

BERLIN, 14 Feb – Jaringan babak kedua Henrikh Mkhitaryan mencukupi untuk Borussia Dortmund menundukkan Hanover 96 1-0 awal pagi tadi, sekali gus mengecilkan jurang mata dengan Bayern Munich di persada Bundesliga kepada lima mata.

Dortmund kelihatan tempang apabila turun tanpa penyerang sensasi Pierre-Emerick Aubameyang, yang terlepas aksi pertama musim ini selepas mencetak 20 jaringan sepanjang aksi liga.

Ketiadaannya menyaksikan Mkhitaryan menampilkan kemahiran individu yang tinggi untuk menjaringkan gol kemenangan di Signal Iduna Park.

Dengan bek kiri Marcel Schmelzer menjerit meminta bola di sebelah kiri, Mkhitaryan memilih untuk melakukan larian solo ke tengah dan melepaskan sepakan kaki kanan yang melencong mengatasi penjaga gol Hanover Ron-Robert Zieler pada minit ke-57. “Kami dipaksa bekerja keras,” kata pengendali Dortmund Thomas Tuchel. “Kami bermula baik tetapi tidak berupaya mencipta peluang, kemudian ia menjadi semakin sukar. – AFP

Dorthmund meraikan gol tunggal mereka pada perlawanan tersebut. – Reuters
Dorthmund meraikan gol tunggal mereka pada perlawanan tersebut. – Reuters