Dortmund nafi City cuba pancing Aubameyang

Dortmund nafi City cuba pancing Aubameyang

BERLIN, 27 Julai – Borussia Dortmund menafikan laporan pasukan Manchester City kendalian Pep Guardiola cuba menawarkan sekurang-kurangnya 58 juta pound (AS$77 juta) bagi bintang penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang.

Menurut media British, City dalam perbincangan bersama pemain antarabangsa Gabon itu, yang menjaringkan 39 gol bagi Dortmund dalam semua persaingan musim lalu ketika mereka selesai di tangga kedua di belakang Bayern Munich dalam persaingan kelompok teratas Jerman.

“Semua khabar angin ini sudah mengekori kami pada musim panas,” pengurus pasukan Dortmund, Michael Zorc memberitahu harian Jerman, Bild.

“Kami hanya boleh mengulangi, seperti selalu, bahawa dia mempunyai kontrak bersama kami sehingga 2020 dan kami gembira di Borussia Dortmund sama seperti seharusnya.”

Pemain berusia 27 tahun itu menjelaskan hasratnya untuk menyertai Real Madrid, jika mahu keluar dari Bundesliga.

Aubameyang ketika menjalani latihan bersama skuad Dortmund di Shanghai pada 22 Julai lalu. – AFP
Aubameyang ketika menjalani latihan bersama skuad Dortmund di Shanghai pada 22 Julai lalu. – AFP

“Dortmund adalah kelab menarik dan penting bagi kerjaya saya,” Aubameyang memberitahu badan penyiaran Jerman, ZDF.

“Nenek lelaki saya warga Sepanyol selalu berkata dia mahu saya beraksi di Sepanyol satu hari nanti dan jika menjadi kenyataan, ia adalah bersama Real Madrid.

“Sebelum kematiannya dua minggu lalu, saya berjanji, saya akan beraksi bagi Real satu hari nanti dan saya bekerja keras untuk mencapai tujuan itu.”

Walaupun Aubameyang menegaskan dia gembira beraksi bersama Dortmund, tetapi dia “segera menyatakan ya” kepada Real.

Dortmund kehilangan bintang sejak musim lalu dengan Henrikh Mkhitaryan menyertai Manchester United, llkay Gundogan bersama City dan Mats Hummels bersama pesaing Bundesliga, Bayern.

Tetapi Dortmund mengukuhkan skuad dengan midfield dari Jerman Mario Goetze yang kembali selepas tiga tahun di Munich, dan Andre Schuerrle dari Wolfsburg, termasuk pertahanan Barcelona, Marc Bartra. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA