Dortmund tekad rosak aksi terakhir Pep

Dortmund tekad rosak aksi terakhir Pep

BERLIN, 20 Mei (AFP) – Borussia Dortmund berhasrat merosakkan rancangan Bayern Munich untuk meraikan perpisahan Pep Guardiola apabila dua pasukan teratas Jerman itu dijadual bertemu pada awal pagi Ahad ini untuk final Piala Jerman.

Kemenangan terhadap seteru utama mereka di Stadium Olimpik Berlin akan memberikan Bayern kejuaraan berganda, Bundesliga Jerman dan Piala Jerman yang juga trofi ketujuh Guardiola dalam tempoh tiga tahun sebelum dia meninggalkan kelab itu ke Manchester City musim depan.

Selepas Bayern menjulang gelaran Bundesliga minggu lalu untuk musim keempat berturut-turut, Dortmund kini mahukan piala itu sebagai ganti.

“Kami akan lakukan apa saja untuk menang,” janji Guardiola yang mengakui ia akan menjadi perlawanan sukar menentang “yang terbaik Borussia dalam sejarah.”

Borussia menamatkan saingan dengan 10 mata di belakang Bayern dalam liga dan mahu mengelak daripada kekalahan kali ketiga berturut-turut dalam aksi final Piala Jerman.

Guardiola menjulang trofi Bundesliga di Marienplatz pada 15 Mei lalu selepas Bayern Munich muncul juaraliga Jerman musim ini. – AP
Guardiola menjulang trofi Bundesliga di Marienplatz pada 15 Mei lalu selepas Bayern Munich muncul juaraliga Jerman musim ini. – AP

Dortmund pada 2014 kalah di aksi final 2-0 kepada Bayern, selepas masa tambahan, dan kami kalah 3-1 kepada Wolfsburg pada final tahun lalu.

Bagi pemain tengah Dortmund, Sven Bender, pasukan itu mempunyai “keinginan untuk tidak kalah buat kali ketiga berturut-turut di Berlin.”

Kapten Bayern, Philipp Lahm pula berkata Guardiola bukan saja meningkatkan kualiti bola sepak Bayern, tetapi membantu membangunkan setiap pemain dalam pasukan.

Lahm berkata pasukannya perlu memenangi satu gelaran terakhir sebelum Carlo Ancelotti mengambil alih selaku ketua jurulatih musim depan. “Kita perlu meningkatkan prestasi, kami tidak begitu berkesan pada perlawanan terakhir,” kata Lahm.

ARTIKEL YANG SAMA