Dow Chemical, DuPont runding gabungan

Dow Chemical, DuPont runding gabungan

NEW YORK, 9 Dis – Dow Chemical dan DuPont dalam rundingan bagi gabungan mega yang akan menghasilkan syarikat gergasi kimia teratas di dunia, dengan produk-produk terdiri daripada racun perosak dan pengubahsuaian organisma secara genetik (GMO), menurut sumber perbankan kepada AFP, kelmarin.

Entiti baru itu akan membawa bersama dua syarikat yang menggabungkan jualan tahunan berjumlah lebih AS$90 bilion.

Pada 2014, jualan Dow mencecah AS$58.2 bilion sementara DuPont mencecah AS$34.7 bilion.

Pendahulu industri masa ini, BASF Jerman, mencatat jualan sekitar $81 bilion pada tempoh yang sama.

Dua sumber perbankan menekankan bahawa tidak ada perjanjian telah ditandatangani, namun mengesahkan maklumat itu disiarkan dalam The Wall Street Journal.

Penggabungan itu akan mewujudkan sebuah syarikat dengan tiga divisyen berlainan: pertanian, produk spesialis, dan material serta sains material, menurut dua sumber itu. – AFP