DPI hoskan rumah terbuka

DPI hoskan rumah terbuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Yang Di-Pertua Dewan Perniagaan India (DPI) Brunei Darussalam,  Nazeer Ahmed Zakaria menghoskan majlis rumah terbuka Hari Raya bagi Dewan Perniagaan India Brunei Darussalam di kediamannya di Kampung Kiarong.

Majlis berkenaan dihadiri bari-san jawatankuasa tertinggi serta ahli-ahli Dewan Perniagaan India dan selepas itu mereka bersama-sama bertolak ke Majlis Istana Terbuka di Istana Nurul Iman.

Nazeer Ahmed ketika ditemui melahirkan perasaan gembira beliau untuk turut serta menyemarakkan lagi suasana Hari Raya di samping keluarga dan rakan niaga dalam dewan perniagaan berkenaan.

“Mewakili seluruh warga Dewan Perniagaan India, kami mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga Negara Brunei Darussalam dan seluruh komuniti India di negara ini,” katanya.

Menurut beliau, Dewan Perniagaan India akan terus komited dalam memperkembangkan perniagaan bagi memenuhi permintaan seluruh komuniti dan sekali gus memberikan peluang kepada semua pelanggan memanfaatkan produk yang berkualiti dan terjamin.

Nazeer Ahmed (kanan sekali) semasa menghoskan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya kelmarin.
Nazeer Ahmed (kanan sekali) semasa menghoskan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya kelmarin.

p09-2_20160711

Sementara itu seorang ahli jawatankuasa dewan berkenaan memberitahu, majlis rumah terbuka berkenaan adalah acara tahunan yang dibuat oleh Dewan Perniagaan India, sebelum bertolak ke Istana Nurul Iman dan kali ini suasana menjadi lebih meriahkan dengan penglibatan lebih ramai anggota dewan perniagaan menyertai rombongan berkenaan.

“Sepanjang Ramadan kali ini, kami di Dewan Perniagaan India sangat berbesar hati atas kejayaan perancangan untuk mengadakan majlis kebajikan di bulan Ramadan dan kami ucapkan terima kesih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan acara keagamaan berkenaan,” ujarnya kepada Media Permata.

ARTIKEL YANG SAMA