DPMM berangkat ke rumah terbuka

DPMM berangkat ke rumah terbuka

Oleh Siti Nur Wasimah S. &

Faridah Haji Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Masyarakat Tionghua di seluruh negara hari ini menyambut Tahun Baru Monyet Api 2016, yang dilihat bakal membawa tuah, keriangan dan kemakmuran yang lebih baik untuk rakyat Negara Brunei Darussalam.

Penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina (TBC) itu turut diadakan di seluruh negara secara sederhana namun tetap meriah dengan turut diraikan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat yang turut menjadi pentas untuk mereka mengukuhkan lagi perpaduan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, juga berkenan berangkat ke rumah terbuka Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) keluarga Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting, di Kampung Sungai Besar, Kota Batu.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai semasa berangkat ke rumah terbuka TBC keluarga Lim ChinYee, di Kampung Subok, kelmarin.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai semasa berangkat ke rumah terbuka TBC keluarga Lim ChinYee, di Kampung Subok, kelmarin.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk beramah mesra bersama keluarga Lim ChinYee. – Gambar Faridah Haji Ibrahim
Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk beramah mesra bersama keluarga Lim ChinYee. – Gambar Faridah Haji Ibrahim
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ke rumah terbuka keluarga Jackson Ting
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia ke rumah terbuka keluarga Jackson Ting
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai bersama keluarga Jackson Ting sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina. Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berangkat ke rumah terbuka Tahun Baru Cina.
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berangkat ke rumah terbuka Tahun Baru Cina.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berserta tiga anakanda dijunjung oleh Jackson Ting dan isteri serta ahli keluarga beliau.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pagi tadi itu ialah duta-duta besar ke Negara Brunei Darussalam, para jemputan lain dan ahli-ahli keluarga Jackson Ting.

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini juga, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta anakanda-anakanda, turut berkenan berkunjung ke rumah salah seorang masyarakat Cina, Lim Chin Yee di Kampung Subok.

ARTIKEL YANG SAMA