DPMM berkenan berangkat ke Republik Singapura

DPMM berkenan berangkat ke Republik Singapura

Oleh Muiz Matdani & Infofoto

SINGAPURA, 27 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berangkat tiba di Republik Singapura bagi menghadiri Program Pemimpin-pemimpin Muda ke-4 yang akan diadakan selama empat hari bermula pada 28 November hingga 1 Disember 2016.

Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Changi dijunjung oleh Menteri Tenaga Manusia Republik Singapura, Lim Swee Say dan isteri; Menteri Negara, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, dan Kementerian Pendidikan selaku Menteri Pengiring, Dr. Janil Puthucheary dan isteri beliau Dr. Michelle Puthucheary selaku Lady-in-attendance.

ARTIKEL YANG SAMA