DPMM berkenan ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD

DPMM berkenan ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi, telah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Osman serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Apong dan ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain.

Di majlis itu juga, Duli Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD, pihak pengurusan AMBD serta para pegawai dan kakitangan AMBD.

pg01_150731_a

pg04_150731_l

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah daripada warga AMBD.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah daripada warga AMBD.

pg04_150731_d

pg04_150731_m

pg04_150731_i

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan melawat pondok Hari Raya sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan melawat pondok Hari Raya sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan warga AMBD semasa melawat pondok Hari Raya.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan warga AMBD semasa melawat pondok Hari Raya.

pg04_150731_f

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan warga AMBD semasa melawat pondok Hari Raya pada majlis ramah mesra berkenaan.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan warga AMBD semasa melawat pondok Hari Raya pada majlis ramah mesra berkenaan.

pg04_150731_h

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan warga AMBD.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan warga AMBD.

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan kakitangan AMBD.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan petak pameran Hari Raya AMBD yang masing-masing membawa tema era 60an, 70an, 80an dan 90an.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AMBD itu antara lain bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga AMBD.

pg04_150731_b

pg04_150731_k

ARTIKEL YANG SAMA