DPMM berkenan melawat kem tentera

DPMM berkenan melawat kem tentera

Gambar oleh Infofoto

SINGAPURA, 1 Dis – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan membuat lawatan ke Kem Angkatan Tentera Republik Singapura (SAF), pagi tadi.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Sungei Gedong Camp dijunjung oleh, Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura, Ong Ye Kung; Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong dan Armour Chief, Brigedier Jeneral Kenneth Liow.

Semasa di kem berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat ke Bangunan Armour Gunnery and Manoeuvre Simulator (AGMS) dan kemudiannya berkenan mendengarkan sembah taklimat mengenai dengan Armour Simulation Centre (ASC) serta dijunjung berangkat bagi melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan yang terdapat di bangunan berkenaan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei semasa berkenan dialu-alukan oleh Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura, Ong Ye Kung sejurus berangkat tiba di Kem Angkatan Tentera Republik Singapura (SAF), kelmarin.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan mendengarkan sembah taklimat dan menyaksikan video mengenai Armour Simulation Centre (ASC).

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima pesambah daripada Mejar Jeneral Melvyn Ong.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan mengurniakan cenderahati balas kepada Ong Ye Kung.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan berangkat membuat lawatan ke Kem SAF.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan beramah mesra bersama anggota-anggota ABDB seramai empat orang yang menghadiri kursus perubatan di Republik Singapura.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi dan sembah taklimat mengenai simulasi Bionix II Infantry Fighting Vehicle.

Duli Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menyaksikan dengan lebih dekat lagi simulasi Bionix II Infantry Fighting Vehicle.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada Mejar Jeneral Melvyn Ong, dan kemudiannya Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan cenderahati balas kepada Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura.

Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia menandatangani buku pelawat dan menemui anggota ABDB yang sedang berkursus di Republik Singapura sebelum berkenan dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA