DPMM berkenan menerima mengadap

DPMM berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi ini berkenan menerima mengadap Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Duta-duta berkenaan telah menerima Surat Watikah Pelantikan masing-masing pada Khamis, 21 Mei lalu.

Duta-duta yang mengadap ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin. Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Indonesia pula ialah Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman yang pernah berkhidmat sebagai Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Duli Yang Teramat Mulia bersama duta-duta baru dilantik. - Gambar Infofoto.
Duli Yang Teramat Mulia bersama duta-duta baru dilantik. – Gambar Infofoto.

Manakala Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Korea ialah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Mohd Rosli bin Haji Sabtu yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Turut mengadap ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Thailand, Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussain yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

ARTIKEL YANG SAMA