DPMM berkenan rasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj

DPMM berkenan rasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj

Oleh Siti Nur Wasimah S & Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-5 UNISSA.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke Dewan Serba guna, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Majlis dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku Pengerusi Tertinggi Mahrajan Hafl Al-Takharruj.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan merasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-5 yang bertemakan Bahasa Arab dan Tamadun Islam Pemangkin Generasi Zikir.

Tema itu berperanan membentuk warga UNISSA khasnya dan masyarakat amnya sebagai generasi zikir agar Bahasa Arab dan Tamadun Islam ditonjolkan untuk sama-sama mengambil faedah dan manfaat daripadanya.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan melancarkan buku-buku baru terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan melancarkan buku-buku baru terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah jemputan dan para pelajar UNISSA di Majlis Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA di Dewan Serba guna, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah jemputan dan para pelajar UNISSA di Majlis Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA di Dewan Serba guna, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

pg05_151006_c

pg05_151006_b

pg05_151006_d

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan salah satu potret yang dipamerkan oleh salah sebuah kedutaan Arab yang menyertai pameran Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-5 UNISSA.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan salah satu potret yang dipamerkan oleh salah sebuah kedutaan Arab yang menyertai pameran Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-5 UNISSA.

pg05_151006_e

pg05_151006_j

Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai.

pg05_151006_i

Sejurus selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia berangkat menyaksikan galeri pameran yang mempamerkan Garisan Masa UNISSA (UNISSA Timeline) dan melancarkan 32 buah buku terbaru terbitan universiti itu.

Di antara yang menarik perhatian Duli Yang Teramat Mulia pada pameran itu ialah hasil-hasil kajian mahasiswa dan mahasiswi UNISSA, penulisan Mushaf Al-Quran UNISSA dan penulisan mushaf serta kaligrafi Islam.

Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima pesambah dari Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i yang berupa Jurnal Al-Shafi’i Edisi Keluaran Pertama UNISSA.

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima junjung para jemputan dan pelajar-pelajar UNISSA.

Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-5 UNISSA ini turut disertai pempamer dari kedutaan Qatar, Kuwait, Oman dan Arab Saudi yang memperkenalkan budaya negara-negara Arab ini.

Selain itu, pada 7 Oktober kelak, pesta konvokesyen ini turut diserikan dengan Peraduan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab dan Inggeris peringkat sekolah rendah. Manakala kuiz spontan dan pertandingan tandatangan Jawi bagi orang ramai akan dibukakan penyertaannya pada hari ini sehingga 9 Oktober.

Selain itu, gerai-gerai juga dibukakan untuk memeriahkan lagi suasana di Dewan Delima, di Pusat Persidangan Antarabangsa itu bermula hari ini sehingga 9 Oktober.

ARTIKEL YANG SAMA