DPMM berkenan tandatangani buku takziah

DPMM berkenan tandatangani buku takziah

Oleh Sim Y.H.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku wakil kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan berangkat menandatangani buku takziah berikutan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pejabat Kedutaan Besar Thailand, di sini dijunjung oleh Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes.

Mengiringi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menandatangani buku takziah di Kedutaan Thailand, kelmarin.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menandatangani buku takziah di Kedutaan Thailand, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA