DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr di Qashr al-Meezaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Watikah Perlantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Mac 2015. – Gambar Infofoto

p01-3_20160122

ARTIKEL YANG SAMA