DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi ini berkenan menerima mengadap duta besar istimewa dan mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan pesuruhjaya tinggi luar negara yang baru ke negara ini pada majlis yang berlangsung di Qashr AI-Meezaan.

Mula-mula, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar lstimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Haji Na’aim bin Mohd Salleh.

Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

TYT Haji Na’aim telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal   Bolkiah   Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Januari 2016.

DYTM berkenan menerima mengadap Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick.
DYTM berkenan menerima mengadap Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick.
DYTM berkenan menerima mengadap TYT Haji Na’aim.
DYTM berkenan menerima mengadap TYT Haji Na’aim.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan menerima   mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam yang baru, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick. Puan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Duta Besar lstimewa dan Mutlak India ke Tunisia.

Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA