DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi yang baru dilantik dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam di Qashr AI-Meezaan.

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail. Tuan Yang Terutama pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

TYT Dato Seri Setia Haji Yusoff telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac lalu.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan, semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi yang baru dilantik, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail di Qashr Al-Meezaan kelmarin. – Gambar Infofoto

Timbalan Sultan semasa berkenan menerima mengadap TYT Lim Hong Huai kelmarin. – Gambar Infofoto
Timbalan Sultan semasa berkenan menerima mengadap TYT Lim Hong Huai kelmarin. – Gambar Infofoto

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

TYT Lim Hong Huai telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 23 Mac 2016.

ARTIKEL YANG SAMA