DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

Gambar Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April –  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik, yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Mei 2014.

p01-2_20160427