DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

pg01_160811_a

pg01_160811_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan.

Majlis tersebut berlangsung di Qashr AI-Meezaan. Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Chhay Sokhan dan seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Todd Mercer.

Chhay Sokhan telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 22 Oktober 2011 manakala Todd Mercer telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Baginda Sultan pada 29 September 2012. – Gambar oleh Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA