DPMM berkenan terima mengadap

DPMM berkenan terima mengadap

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Dr. Ng Eng Hen, di Qashr Al-Meezan.

Lawatan rasmi Dr. Ng Eng Hen ini bersempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Antara tujuan lawatan ini juga adalah bagi membincangkan hubungan pertahanan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

pg03_160831_c

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Lim Hong Huai; Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim; Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Ng Chee Khern dan Panglima Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Lai Chung Han.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA