DPMM berkenan terima mengadap Duta Indian

DPMM berkenan terima mengadap Duta Indian

pg01_151124_b

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, semalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi yang akan menamatkan perkhidmatannya. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2014. – Gambar oleh Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA