DPMM berkenan terima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Nurul Qomar yang akan menamatkan perkhidmatan.

Beliau menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2014. Majlis tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto